LATAR BELAKANG
Berita tentang pembuangan bayi bukan lagi perkara asing dalam masyarakat ketika ini. Saban hari berita seumpama ini terpampang di dada akhbar,dipaparkan di kaca televisyen atau media massa lainnya. Bayi dibuang tanpa mengira tempat, di tong sampah, dalam belukar, tepi jalan tanpa belas kasihan.
Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor menunjukkan pada tahun 2008 terdapat 15 mangsa pembuangan bayi telah diselamatkan. Pada tahun 2009 jumlah ini meningkat kepada 51 kes. Sungguhpun jumlah ini nampak kecil tetapi masih menunjukkan peningkatan. Jumlah ini juga tidak menggambarkan keadaan sebenar fenimena pembuangan bayi di negeri ini.Statistik ini hanya menunjukkan bayi yang berjaya diselamatkan serta ditempatkan di Institusi Kebajikan dan tidak termasuk kes-kes pembuangan bayi yang melibatkan kematian.
Sebuah portal berita media perdana mencatatkan seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun 2009. Angka ini hanya telah berdaftar juga merupakan angka " tip of the iceberg" sahaja.
Berita seperti ini menggusarkan masyarakat. Masyarakat mahu melihat satu tindakan diambil bagi membendung fenomena ini dari terus berleluasa serta menular ke setiap serata masyarakat. Menangani masalah ini bukanlah satu perkara yang mudah. Pendekatan yang diambil perlu diperhalusi agar wajar dan sesuai dilaksanakan sehingga hasil yang menyeluruh dalam membendung masalah ini diharapkan dapat dicapai.
Kerajaan Negeri amat memandang berat akan perkara ini. Atas keprihatinan ini, Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan beberapa agenda utama dalam memerangi gejala sosial seperti GEMS ( Genarasi Idaman Selangor), dan Kempen Anti Zina dalam usaha membina generasi yang lebih cemerlang. PEKAWANIS berhasrat juga ingin mengukuh dan merealisasikan agenda Kerajaan Negeri Selangor ini.
Rentetan daripada masalah ini, Kerajaan Negeri Selangor telah membuat keputusan bagi menubuhkan sebuah pusat perlindungan remaja perempuan yang tersasar yang dinamakan RUMAH PUTERI ARAFIAH dibawah pengawasan PEKAWANIS.
Antara VISI penubuhan Rumah Puteri Arafiah (RPA) ialah menjadi Institusi pemulihan pilihan bagi pembangunan insan yang membawa imej sejahtera untuk masyarakat pelbagai bangsa.
MISI penubuhan RPA pula adalah untuk merealisasikan tanggungjawab sosial ke arah membanteras gejala sosial melalui kesedaran, bimbingan, pemulihan,perlindungan dan pembinaan jati diri remaja,keluarga dan masyarakat.
MATLAMAT PENUBUHAN
1- Membantu memberi kesedaran kepada remaja yang datang meminta perlindungan dari penderaan, perkosaan dan penzinaan.
2- Membantu remaja meneruskan kehidupan yang sihat dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Sebagaimana Allah berfirman di dalam surah Al- Qosas : 77
" Dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagai-mana Allah telah berbuat baik kepada kamu"
Sabda Rasulullah S.A.W " Barangsiapa memohon perlindungan kerana Allah maka hendaklah kamu lindunginya, barangsiapa memohon bantuan kerana Allah, hendaklah kamu membantunya"
How to get to Harrah's Cherokee Casino in Cherokee by car
ReplyDeleteDirections to Harrah's Cherokee Casino (Cherokee) 강릉 출장안마 with 충청북도 출장안마 public transportation. The 양주 출장마사지 following transit lines 군포 출장샵 have routes 당진 출장마사지 that pass near Harrah's Cherokee