Tuesday 3 May 2016

GARIS PANDUAN KEMASUKKAN KE RPA


 

GARIS PANDUAN



PUSAT JAGAAN
RUMAH PUTERI ARAFIAH

1.0 PENGENALAN

Rumah Puteri Arafiah (RPA) merupakan institusi yang menyediakan perlindungan,pemulihan dan bimbingan kepada remaja-remaja perempuan yang telah terjebak dengan masalah sosial, penganiayaan dan pengabaian.

RPA telah mula beroperasi pada April 2011 di bawah kendalian Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS).
2.0 OBJEKTIF PERATURAN
  Peraturan yang digubal oleh pihak RPA adalah bertujuan:

1.       Menjaga keselamatan pelatih.

2.       Membentuk disiplin pelatih.

3.      Menjadi sebahagian dari sesi bimbingan, pemulihan akhlak dan terapi pelatih untuk membentuk jiwa yang bersih, mantap dan berdikari.

4.       Menjadikan pelatih lebih bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan yang paling utama kepada maha pencipta
.
5.       Sebagai panduan dan rujukan kepada keluarga / penjaga dari semasa ke semasa.

3.0 SYARAT–SYARAT KEMASUKAN

1.       Bakal pelatih mestilah berumur antara 12 hingga 21 tahun.

2.       Warganegara Malaysia.

3.   Bakal pelatih terlibat dengan masalah-masalah berkaitan gejala sosial seperti ponteng sekolah, lari dari rumah, terjebak dengan rakan-rakan yang yang tidak bermoral, melawan dan berbohong dengan ibubapa/ penjaga, berzina. Bakal pelatih menghadapi masalah penjagaan, pengabaian dan tekanan emosi juga akan dipertimbangkan untuk diterima.

4.      Ibubapa/ penjaga/ keluarga bakal pelatih hendaklah memohon secara sukarela dan bersedia untuk mematuhi undang-undang dan disiplin RPA.

5.    Bakal pelatih hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu tujuan dan destinasinya sebelum dibawa datang untuk temubual di Rumah Puteri Arafiah. Ibubapa/ penjaga/ keluarga dinasihatkan untuk tidak berdolak dalih dengan calon tentang hal tersebut.

6.    Bakal pelatih dan ibu bapa/penjaga diwajibkan menghadiri sesi temubual dengan pihak Pengurusan RPA.

7.    Ibu bapa/ Penjaga hendaklah melampirkan saringan kesihatan bakal pelatih (fizikal dan mental, AIDS, jantung, penyakit kelamin, dadah, atau apa-apa dikategorikan penyakit kronik)

8.       Bakal pelatih tiada rekod/kes juvana.

9.       Melengkapkan “Borang Kemasukan Ke Rumah Puteri Arafiah” dan menyediakan kesemua dokumen-dokumen yang diperlukan.

10.    Ibu bapa/ Penjaga wajib melampirkan surat Laporan Polis selepas bakal pelatih diterima masuk ke RPA.

11.  Ibubapa/penjaga mestilah mematuhi Borang RPA 03- Akujanji Ibu Bapa/Penjaga iaitu membenarkan bakal pelatih menjalani tempoh pemulihan selama DUA (2) TAHUN atau lebih dibawah penjagaan RPA bergantung kepada prestasi, kemajuan, perubahan dan perkembangan pelatih.Bersedia untuk membayar yuran pendaftaran sebanyak RM250.00

12.    Memberi komitmen untuk membayar yuran sara hidup pelatih sebanyak RM300.00 setiap bulan dan menyediakan wang saku bulanan sebanyak RM70.

 

4.0 TANGGUNGJAWAB KELUARGA/PENJAGA

4.1. BAYARAN

1.    Yuran pendaftaran hendaklah dijelaskan semasa mendaftar masuk.

2.    Yuran sara hidup hendaklah dijelaskan sebelum hujung bulan bagi bulan tersebut.

3.    Sekiranya yuran dibayar melalui akaun, sila pos, email, whatsapp atau faks salinan slip deposit bank tersebut.

4.   Sila maklumkan pembayaran melalui telefon kepada pejabat pentadbiran Rumah Puteri Arafiah atau SMS/Whatsapp kepada talian Admin: 018-9147800. (sila maklumkan nama pelatih, tarikh dan jumlah yuran).

5.  Pastikan slip deposit bank dan resit disimpan untuk rujukan dan diserahkan kepada pejabat apabila datang ke Rumah Puteri Arafiah.

6.   Pembayaran yuran atau sumbangan dalam bentuk cek/wang pos/ kiriman wang hendaklah dibuat  atas nama :

PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN AMAL WANITA SELANGOR
NO AKAUN MAYBANK:
562106-726067

4.2. SESI PERJUMPAAN

1.   Ibubapa/penjaga yang ingin menemui pengurus atau mana-mana Ahli Lembaga Pengarah RPA hendaklah membuat temujanji terlebih dahulu.

2.    Pihak keluarga/penjaga pelatih diminta menghadiri perjumpaan dengan pihak pengurusan RPA setiap 4 bulan atau bergantung kepada keperluan untuk membincangkan perkembangan pelatih dan khidmat nasihat untuk keluarga.

3.       Pihak ibubapa/ penjaga mesti memberi komitmen sepenuhnya untuk menghadirkan diri dalam program-program yang disusun oleh pihak pentadbir untuk ibubapa sebagai sebahagian daripada sesi kaunseling dan motivasi keluarga.

4.    Pihak keluarga/penjaga pelatih perlu menghadiri satu perjumpaan khas iaitu perancangan masa depan pelatih sebelum keluar daripada RPA.

5.       Surat akan dikeluarkan oleh pihak RPA memaklumkan tarikh-tarikh perjumpaan yang akan diadakan di pejabat RPA.

4.3. LAWATAN

1.    Pelawat perlu memberitahu terlebih dahulu hari dan masa lawatan melalui talian Hotline Warden: (018-9127800) sekurang-kurangnya SEMINGGU sebelum tarikh lawatan.
2.    Pihak pengurusan berhak untuk menolak permohonan untuk melawat atas sebab tertentu seperti jumlah keluarga yang datang melebihi kuota yang dibenarkan pada satu-satu masa. Permohonan yang lebih awal didahulukan.
3.    Pelawat perlu memastikan lawatan tersebut mendapat kebenaran daripada warden dan dilakukan dalam masa yang telah ditetapkan sebagai menghormati hak keluarga lain yang ingin berziarah.
4.    HANYA KELUARGA terdekat sahaja dibenarkan menziarahi pelatih SEBULAN SEKALI pada waktu lawatan iaitu pada :
i.              Sabtu (2.00 petang – 6.00 petang)
ii.             Ahad (10.00 pagi – 6.00 petang)
5.    Waktu melawat pelatih di RPA adalah  terhad kepada 2  jam  dan jumlah pelawat yang dibenarkan hanya 5 org sahaja. Kad pengenalan setiap pelawat hendaklah diserahkan kepada pengawal keselamatan yang bertugas bertujuan untuk mengenal pasti hanya pelawat yang dibenarkan sahaja boleh melawat. Isi borang  'Kedatangan Pelawat Pelatih’  pada setiap kali lawatan sebelum       memasuki RPA di pondok pengawal.
6.    Keluarga tidak dibenarkan memasuki kawasan RPA selain daripada waktu melawat atau atas urusan yang tertentu sahaja.
7.    Pelawat hanya dihadkan berada di ruang lobi berhadapan pejabat pentadbiran RPA sahaja. Sementara pelatih hanya dibenarkan berada di ruang lobi ketika perjumpaan dengan keluarga. Ibubapa/ keluarga tidak dibenarkan membawa pelatih ke kenderaan.
8.    Para pelawat yang masuk ke RPA mestilah memakai pakaian yang menutup aurat dan longgar. Pakaian yang menjolok mata dan ketat adalah dilarang sama sekali.
9.    Para pelawat tidak dibenarkan membawa telefon bimbit, kamera, Ipad, notebook, laptop atau media elektronik yang lain ketika melawat pelatih di RPA. Semua peralatan tersebut hendaklah ditinggalkan di dalam kenderaan atau di pejabat pentadbiran.
10.  Pelawat DILARANG memberi pelatih wang dan barangan yang dilarang.
11.  Pelawat tidak dibenarkan berinteraksi secara langsung atau tidak langsung dengan pelatih lain kecuali dengan pelatih yang dilawatinya sahaja.
12.  Para pelawat hendaklah mengawasi anak-anak kecil ketika berada di kawasan RPA supaya tidak mengganggu penghuni di RPA.
13.  Ibubapa/penjaga DILARANG melawat pelatih di hospitaI dan hanya dibenarkan melawat setelah pelatih kembali ke RPA sahaja sebagai salah satu kaedah rawatan pemulihan. Perjumpaan di wad hospital hanya boleh dilakukan sekiranya mendapat arahan dari pihak hospital atas urusan tertentu.
14.  Sekiranya pelawat didapati melanggar peraturan yang ditetapkan, pihak RPA berhak menghalang dan menafikan hak pelawat untuk memasuki RPA bagi beberapa bulan berikutnya  sebagai tindakan disiplin.

4.4 BARANGAN PERIBADI DAN MAKANAN

1.    Barangan peribadi seperti  wang, dompet,  telefon bimbit dan barang kemas pelatih akan dikembalikan kepada ibubapa/ penjaga.

2.    Barangan peribadi seperti kad pengenalan pelatih, surat beranak dan kad kesihatan akan disimpan oleh pihak RPA.

3.    Ibubapa/penjaga/keluarga yang datang melawat diharapkan membawa barang keperluan anak terutama barang makanan sekadar yang perlu sahaja. Makanan terlarang tidak dibenarkan sama sekali dibekalkan kepada pelatih. (Sila rujuk lampiran senarai barangan yang dilarang daripada dibawa masuk ke RPA). Ibubapa/ penjaga dan pelatih dikehendaki mematuhi semua peraturan berkenaan bahan-bahan yang terlarang.

4.    Pihak pengurusan RPA hanya akan membelikan barang keperluan pelatih      sekali sebulan dan terhad kepada 5 barang sahaja.

5.    Makanan yang dibeli oleh ibubapa untuk dibekalkan kepada pelatih akan diberikan secara beransur-ansur kepada pelatih mengikut kadar yang diperlukan.

6.    Setiap barangan yang akan diberikan kepada pelatih akan diperiksa terlebih dahulu oleh warden.

4.5. RAWATAN / PEMERIKSAAN KESIHATAN

1.    Pelatih akan diberi menjalani sebarang rawatan atau pemeriksaan kesihatan yang difikirkan perlu oleh pihak RPA dimana-mana hospital kerajaan atau swasta.

2.    Membenarkan pihak RPA mewakili Ibubapa/Penjaga menandatangani sebarang surat kebenaran rawatan atau pemeriksaan yang dikeluarkan oleh pihak hospital.

3.    Segala kos rawatan dan pemeriksaan kesihatan akan ditanggung oleh Ibubapa/Penjaga.

5.0 PERATURAN-PERATURAN PENGINAPAN

5.1. KURIKULUM DAN AKTIVITI

1.    Pelatih wajib menghadiri semua kurikulum dan aktiviti-aktiviti yang diarahkan oleh pihak RPA.

2.    Semasa program sedang dijalankan, pelatih dilarang sama sekali meninggalkan tempat program kecuali setelah mendapat keizinan daripada penyelia.

3.    Pelatih mestilah menghadiri program tepat pada waktu yang di tetapkan.

4.    Pelatih dikehendaki memberikan sebab-sebab yang munasabah sekiranya tidak dapat menghadiri program.

5.    Pelatih mestilah menumpukan perhatian di dalam setiap program yang dijalankan.

6.    Bagi pelatih yang tidak menghadiri atau mengikuti mana-mana aktiviti atau kelas pengajian akan dikenakan tindakan disiplin.

7.    Pelatih hanya akan dipertimbangkan untuk menduduki mana-mana peperiksaan utama seperti PMR dan SPM setelah dia benar-benar didapati bersedia dan penilaian terhadap usahanya untuk memajukan diri, meningkatkan ilmu dan kefahaman dalam Islam dan usaha memperbanyakkan amal memuaskan ahli Lembaga Pengarah RPA.

8.    Sesi pengisian rohani diberikan oleh para sukarelawan dan juga dari rancangan-rancangan tertentu dari TV Al-Hijrah, Astro Oasis dsbnya.

     5.2. TANGGUNGJAWAB PELATIH SEPANJANG PENGINAPAN

1.    Menjalankan segala tugasan yang telah disusun .

2. Pelatih hendaklah sentiasa mematuhi disiplin dan menjaga kebersihan diri, kediaman serta persekitaran RPA.

3.    Menerima apa jua arahan dengan baik dan hati terbuka,  ikhlas dan redha.

4. Sentiasa berusaha untuk memajukan diri, meningkatkan ilmu dan kefahaman dalam Islam dan memperbanyakkan amal.

5.  Sentiasa menjaga hubungan yang baik sesama rakan pelatih, menghormati warga kerja di RPA dan sentiasa bersikap sopan terhadap tetamu dan sukarelawan yang datang.

     5.3. SURAT-MENYURAT /PERHUBUNGAN

1.   Warden akan menyemak atau menapis surat-surat yang dihantar atau diterima oleh pelatih. Hanya surat yang telah disemak oleh Pengurus Operasi dan warden sahaja yang akan diserahkan kepada pelatih atau diposkan kepada ibubapa selepas menandatangani buku log. 

2.   Sebarang surat menyurat mestilah dialamatkan kepada Pejabat Pentadbiran  RPA.

3.    Pelatih hanya dibenarkan membuat panggilan telefon setelah mendapat keizinan pengurus operasi.

4.    Pelatih hanya dibenarkan menelefon ibu/bapa atau penjaga hanya satu kali dalam tempoh satu bulan. Sebarang permintaan untuk menelefon penjaga adalah mengikut budi bicara pengurusan RPA dan kondisi lawatan penjaga.

5.    Bagi pelatih baru, sebarang hubungan komunikasi antara ibubapa/penjaga dan pelatih samada lawatan atau telefon hanya akan dibenarkan selepas 45 hari atau satu bulan setengah daripada tarikh masuk ke RPA.

5.4. KEBENARAN KELUAR

1. Pelatih tidak dibenarkan keluar meninggalkan kawasan penginapan kecuali mendapat kebenaran daripada pengurus atau warden bertugas sekiranya pengurus tiada.

2.   Pelatih yang dibenarkan keluar dari kawasan penginapan mestilah mengisi buku kebenaran keluar masuk.

3. Ibubapa atau penjaga hendaklah hadir untuk mengambil pelatih dan menghantarnya kembali.

4.  Jika ada kecemasan, ibubapa atau penjaga boleh mengambil pelatih dengan mendapat kebenaran  pengurus.

5.    Semua pelatih hendaklah berpakaian sopan dan menutup aurat ketika keluar dari kawasan penginapan.

6.    Adalah menjadi KESALAHAN mengikut peraturan RPA jika pelatih meninggalkan penginapan tanpa kebenaran pengurus atau warden.

7.    Setiap pelatih yang keluar dari Rumah Puteri Arafiah sebelum tamat tempoh latih akan dikenakan penalti dalam bentuk bayaran balik ke RPA. Pelatih akan disenarai hitamkan dan tidak akan diterima semula kemasukannya di Rumah Puteri Arafiah dan mana-mana cawangan Raudatus Sakinah

5.5. DENDA DAN HUKUMAN

1.  Warden berhak mengenakan tindakan disiplin yang setimpal terhadap pelatih yang melanggar peraturan penginapan. Tindakan akan dikenakan setelah warden berbincang dengan pengurus operasi.

2.   Jawatankuasa Disiplin akan mengambil tindakan tatertib terhadap kesalahan-kesalahan berat yang dilakukan oleh pelatih.

3.    Segala larangan dan hukuman adalah untuk membentuk pelatih ke arah budi pekerti dan akhlak yang terpuji.

6.0 LAPORAN PRESTASI PELATIH

1.    Laporan prestasi pelatih akan dihantar kepada ibubapa/ penjaga/ keluarga dari semasa ke semasa.
2.    Sekiranya pelatih melanggar peraturan RPA, laporan akan dibuat dan salinan laporan beserta tindakan disiplin yang dikenakan ke atas pelatih tersebut akan dihantar kepada pihak ibubapa/ penjaga/ keluarga masing-masing.

7.0 URUSAN PENDAFTARAN BAYI DAN ANAK ANGKAT

1.    Segala urusan berkenaan dengan pendaftaran bayi yang dilahirkan oleh pelatih di RPA akan diuruskan oleh pihak pentadbiran RPA.

2.    Bagi pelatih yang hamil, urusan pengangkatan untuk anak yang bakal dilahirkan akan dikendalikan oleh RPA setelah dipersetujui oleh ibubapa/ keluarga.

3.    Sebarang permohonan untuk menjaga sendiri atau mengambil anak tersebut sebagai anak angkat perlu melalui prosedur yang ditetapkan.

4.    Semua bakal keluarga angkat di RPA akan ditemuduga terlebih dahulu oleh pihak ahli lembaga RPA dan hanya yang memenuhi kriteria sahaja yang diterima permohonannya.

8.0 MAKLUMAT PERHUBUNGAN


Sebarang urusan atau maklumat lanjut, keluarga / penjaga bolehlah menghubungi pihak pentadbiran seperti berikut :

                  Pengurus,                                                  
                  Pejabat Pentadbiran,
                  Rumah Puteri Arafiah,      
                  No 7, Jalan Kristal 7/64,  
                  Seksyen 7, 40200 Shah Alam.                           
                                                                                    
                              
                                               
                 
9.0 PERINGATAN :
1.    Laporan POLIS akan dibuat sekiranya pelatih lari daripada RPA dan pihak ibubapa akan dimaklumkan  dengan segera.

2.  Ibubapa/Penjaga hendaklah memberi kerjasama  dalam membantu mendisiplinkan pelatih.

3.    Setiap pelatih yang keluar daripada Rumah Puteri Arafiah sebelum tamat tempoh latihan akan disenarai hitamkan dan tidak akan diterima semula kemasukannya di Rumah Puteri Arafiah dan mana-mana cawangan Raudhatus Sakinah.

4.  Pihak RPA tidak akan melayan sebarang permohonan Ibubapa/Penjaga yang ingin mengeluarkan pelatih sebelum tempoh yang ditetapkan. Sekiranya berlaku, Ibubapa/Penjaga perlu membayar pampasan / ganti rugi yang ditetapkan kepada pihak RPA.

5.    Pihak pengurusan berhak untuk meminda, menambah dan mengubah peraturan di atas pada bila-bila masa.