GARIS
PANDUAN
PUSAT JAGAAN
RUMAH PUTERI ARAFIAH
1.0 PENGENALAN
Rumah
Puteri Arafiah (RPA) merupakan institusi yang menyediakan
perlindungan,pemulihan dan bimbingan kepada remaja-remaja perempuan yang telah
terjebak dengan masalah sosial, penganiayaan dan pengabaian.
RPA telah
mula beroperasi pada April 2011 di bawah kendalian Pertubuhan Kebajikan dan
Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS).
2.0
OBJEKTIF PERATURAN
Peraturan yang digubal oleh pihak RPA adalah bertujuan:
1.
Menjaga keselamatan pelatih.
2.
Membentuk disiplin pelatih.
3. Menjadi sebahagian dari sesi bimbingan, pemulihan akhlak
dan terapi pelatih untuk membentuk
jiwa yang bersih, mantap dan berdikari.
4.
Menjadikan pelatih lebih bertanggungjawab terhadap diri,
keluarga, masyarakat dan yang paling
utama kepada maha pencipta
.
3.0 SYARAT–SYARAT
KEMASUKAN
1.
Bakal pelatih mestilah berumur antara 12 hingga 21 tahun.
2.
Warganegara Malaysia.
3. Bakal pelatih terlibat dengan masalah-masalah berkaitan
gejala sosial seperti ponteng sekolah, lari dari rumah, terjebak dengan
rakan-rakan yang yang tidak bermoral, melawan dan berbohong dengan ibubapa/
penjaga, berzina. Bakal pelatih menghadapi masalah penjagaan, pengabaian dan tekanan
emosi juga akan dipertimbangkan untuk diterima.
4. Ibubapa/ penjaga/ keluarga bakal pelatih hendaklah memohon
secara sukarela dan bersedia untuk mematuhi undang-undang dan disiplin RPA.
5. Bakal pelatih hendaklah dimaklumkan terlebih
dahulu tujuan dan destinasinya sebelum dibawa datang untuk temubual di Rumah
Puteri Arafiah. Ibubapa/ penjaga/ keluarga dinasihatkan untuk tidak berdolak
dalih dengan calon tentang hal tersebut.
6. Bakal pelatih dan ibu bapa/penjaga diwajibkan menghadiri
sesi temubual dengan pihak Pengurusan RPA.
7. Ibu bapa/ Penjaga hendaklah melampirkan saringan kesihatan
bakal pelatih (fizikal dan mental, AIDS, jantung, penyakit kelamin, dadah, atau
apa-apa dikategorikan penyakit kronik)
8.
Bakal pelatih tiada rekod/kes juvana.
9.
Melengkapkan “Borang Kemasukan Ke Rumah Puteri Arafiah” dan
menyediakan kesemua dokumen-dokumen yang diperlukan.
10.
Ibu bapa/ Penjaga wajib melampirkan surat Laporan Polis
selepas bakal pelatih diterima masuk ke RPA.
11. Ibubapa/penjaga mestilah mematuhi Borang RPA 03- Akujanji Ibu Bapa/Penjaga iaitu membenarkan bakal pelatih
menjalani tempoh pemulihan selama DUA (2) TAHUN atau lebih dibawah penjagaan RPA bergantung
kepada prestasi, kemajuan, perubahan dan perkembangan pelatih.Bersedia untuk
membayar yuran pendaftaran sebanyak RM250.00
12.
Memberi komitmen untuk membayar yuran sara hidup pelatih
sebanyak RM300.00 setiap bulan dan
menyediakan wang saku bulanan sebanyak RM70.
4.0 TANGGUNGJAWAB KELUARGA/PENJAGA
4.1. BAYARAN
1.
Yuran pendaftaran hendaklah dijelaskan semasa mendaftar
masuk.
2.
Yuran sara hidup hendaklah dijelaskan sebelum hujung bulan
bagi bulan tersebut.
3.
Sekiranya yuran dibayar melalui akaun, sila pos, email,
whatsapp atau faks salinan slip deposit bank tersebut.
4. Sila maklumkan pembayaran melalui telefon kepada pejabat
pentadbiran Rumah Puteri Arafiah atau SMS/Whatsapp kepada talian Admin: 018-9147800. (sila maklumkan nama pelatih, tarikh dan jumlah yuran).
5. Pastikan slip deposit bank dan resit disimpan untuk rujukan
dan diserahkan kepada pejabat apabila datang ke Rumah Puteri Arafiah.
6. Pembayaran yuran atau sumbangan dalam bentuk cek/wang
pos/ kiriman wang hendaklah dibuat atas
nama :
PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN AMAL WANITA SELANGOR
NO AKAUN MAYBANK:
4.2. SESI PERJUMPAAN
1. Ibubapa/penjaga yang ingin menemui pengurus atau mana-mana
Ahli Lembaga Pengarah RPA hendaklah membuat temujanji terlebih dahulu.
2. Pihak keluarga/penjaga pelatih diminta menghadiri
perjumpaan dengan pihak pengurusan RPA setiap 4 bulan atau bergantung kepada
keperluan untuk membincangkan perkembangan pelatih dan khidmat nasihat untuk
keluarga.
3.
Pihak ibubapa/ penjaga mesti memberi komitmen sepenuhnya
untuk menghadirkan diri dalam program-program yang disusun oleh pihak pentadbir
untuk ibubapa sebagai sebahagian daripada sesi kaunseling dan motivasi
keluarga.
4. Pihak keluarga/penjaga pelatih perlu menghadiri satu
perjumpaan khas iaitu perancangan masa depan pelatih sebelum keluar daripada
RPA.
5.
Surat akan dikeluarkan oleh pihak RPA memaklumkan
tarikh-tarikh perjumpaan yang akan diadakan di pejabat RPA.
4.3. LAWATAN
1.
Pelawat perlu memberitahu terlebih dahulu hari dan masa
lawatan melalui talian Hotline Warden: (018-9127800)
sekurang-kurangnya SEMINGGU sebelum
tarikh lawatan.
2.
Pihak pengurusan berhak untuk menolak permohonan untuk
melawat atas sebab tertentu seperti jumlah keluarga yang datang melebihi kuota
yang dibenarkan pada satu-satu masa. Permohonan yang lebih awal didahulukan.
3.
Pelawat perlu memastikan lawatan tersebut mendapat
kebenaran daripada warden dan dilakukan dalam masa yang telah ditetapkan
sebagai menghormati hak keluarga lain yang ingin berziarah.
4.
HANYA
KELUARGA terdekat sahaja dibenarkan menziarahi pelatih SEBULAN SEKALI pada waktu lawatan iaitu
pada :
i.
Sabtu (2.00 petang – 6.00 petang)
ii.
Ahad (10.00 pagi – 6.00 petang)
5.
Waktu melawat pelatih di RPA adalah terhad kepada 2 jam
dan jumlah pelawat yang dibenarkan hanya 5 org sahaja. Kad pengenalan
setiap pelawat hendaklah diserahkan kepada pengawal keselamatan yang bertugas
bertujuan untuk mengenal pasti hanya pelawat yang dibenarkan sahaja boleh
melawat. Isi borang 'Kedatangan Pelawat
Pelatih’ pada setiap kali lawatan
sebelum memasuki RPA di pondok
pengawal.
6.
Keluarga tidak dibenarkan memasuki kawasan RPA selain
daripada waktu melawat atau atas urusan yang tertentu sahaja.
7.
Pelawat hanya dihadkan berada di ruang lobi berhadapan
pejabat pentadbiran RPA sahaja. Sementara pelatih hanya dibenarkan berada di
ruang lobi ketika perjumpaan dengan keluarga. Ibubapa/ keluarga tidak
dibenarkan membawa pelatih ke kenderaan.
8.
Para pelawat yang masuk ke RPA mestilah memakai pakaian
yang menutup aurat dan longgar. Pakaian yang menjolok mata dan ketat adalah
dilarang sama sekali.
9.
Para pelawat tidak dibenarkan membawa telefon bimbit,
kamera, Ipad, notebook, laptop atau media elektronik yang lain ketika melawat
pelatih di RPA. Semua peralatan tersebut hendaklah ditinggalkan di dalam
kenderaan atau di pejabat pentadbiran.
10.
Pelawat DILARANG memberi pelatih wang dan barangan yang
dilarang.
11.
Pelawat tidak dibenarkan berinteraksi secara langsung
atau tidak langsung dengan pelatih lain kecuali dengan pelatih yang dilawatinya
sahaja.
12.
Para pelawat hendaklah mengawasi anak-anak kecil ketika
berada di kawasan RPA supaya tidak mengganggu penghuni di RPA.
13.
Ibubapa/penjaga DILARANG melawat pelatih di hospitaI dan
hanya dibenarkan melawat setelah pelatih kembali ke RPA sahaja sebagai salah
satu kaedah rawatan pemulihan. Perjumpaan di wad hospital hanya boleh dilakukan
sekiranya mendapat arahan dari pihak hospital atas urusan tertentu.
14.
Sekiranya pelawat didapati melanggar peraturan yang
ditetapkan, pihak RPA berhak menghalang dan menafikan hak pelawat untuk
memasuki RPA bagi beberapa bulan berikutnya
sebagai tindakan disiplin.
4.4
BARANGAN PERIBADI DAN MAKANAN
1. Barangan peribadi seperti
wang, dompet, telefon bimbit dan
barang kemas pelatih akan dikembalikan kepada ibubapa/ penjaga.
2. Barangan peribadi seperti kad pengenalan pelatih, surat
beranak dan kad kesihatan akan disimpan oleh pihak RPA.
3. Ibubapa/penjaga/keluarga
yang datang melawat diharapkan membawa barang keperluan anak terutama barang
makanan sekadar yang perlu sahaja. Makanan terlarang tidak dibenarkan sama
sekali dibekalkan kepada pelatih. (Sila rujuk lampiran senarai barangan yang
dilarang daripada dibawa masuk ke RPA).
Ibubapa/ penjaga dan pelatih dikehendaki mematuhi semua peraturan berkenaan
bahan-bahan yang terlarang.
4. Pihak pengurusan RPA hanya akan membelikan barang
keperluan pelatih sekali sebulan dan terhad
kepada 5 barang sahaja.
5. Makanan yang dibeli oleh ibubapa untuk dibekalkan kepada
pelatih akan diberikan secara beransur-ansur kepada pelatih mengikut kadar yang
diperlukan.
6. Setiap barangan yang akan diberikan kepada pelatih akan
diperiksa terlebih dahulu oleh warden.
4.5. RAWATAN / PEMERIKSAAN
KESIHATAN
1.
Pelatih akan diberi menjalani sebarang rawatan atau
pemeriksaan kesihatan yang difikirkan perlu oleh pihak RPA dimana-mana hospital
kerajaan atau swasta.
2. Membenarkan
pihak RPA mewakili Ibubapa/Penjaga menandatangani sebarang surat kebenaran
rawatan atau pemeriksaan yang dikeluarkan oleh pihak hospital.
3. Segala kos rawatan
dan pemeriksaan kesihatan akan ditanggung oleh Ibubapa/Penjaga.
5.0 PERATURAN-PERATURAN PENGINAPAN
5.1. KURIKULUM DAN AKTIVITI
1.
Pelatih wajib menghadiri semua kurikulum dan aktiviti-aktiviti
yang diarahkan oleh pihak RPA.
2. Semasa
program sedang dijalankan, pelatih dilarang sama sekali meninggalkan tempat
program kecuali setelah mendapat keizinan daripada penyelia.
3. Pelatih
mestilah menghadiri program tepat pada waktu yang di tetapkan.
4. Pelatih
dikehendaki memberikan sebab-sebab yang munasabah sekiranya tidak dapat
menghadiri program.
5. Pelatih
mestilah menumpukan perhatian di dalam setiap program yang dijalankan.
6. Bagi pelatih
yang tidak menghadiri atau mengikuti mana-mana aktiviti atau kelas pengajian akan
dikenakan tindakan disiplin.
7. Pelatih
hanya akan dipertimbangkan untuk menduduki mana-mana peperiksaan utama seperti
PMR dan SPM setelah dia benar-benar didapati bersedia dan penilaian terhadap
usahanya untuk memajukan diri, meningkatkan ilmu dan kefahaman dalam Islam dan
usaha memperbanyakkan amal memuaskan ahli Lembaga Pengarah RPA.
8.
Sesi pengisian rohani diberikan oleh para sukarelawan dan
juga dari rancangan-rancangan tertentu dari TV Al-Hijrah, Astro Oasis dsbnya.
5.2. TANGGUNGJAWAB PELATIH SEPANJANG PENGINAPAN
1.
Menjalankan segala tugasan yang telah disusun .
2. Pelatih
hendaklah sentiasa mematuhi disiplin dan menjaga kebersihan diri, kediaman serta
persekitaran RPA.
3. Menerima
apa jua arahan dengan baik dan hati terbuka,
ikhlas dan redha.
4. Sentiasa
berusaha untuk memajukan diri, meningkatkan ilmu dan kefahaman dalam Islam dan
memperbanyakkan amal.
5. Sentiasa menjaga hubungan yang baik sesama rakan pelatih,
menghormati warga kerja di RPA dan sentiasa bersikap sopan terhadap tetamu dan
sukarelawan yang datang.
5.3. SURAT-MENYURAT /PERHUBUNGAN
1. Warden akan menyemak atau menapis surat-surat yang
dihantar atau diterima oleh pelatih. Hanya surat yang telah disemak oleh Pengurus
Operasi dan warden sahaja yang akan diserahkan kepada pelatih atau diposkan
kepada ibubapa selepas menandatangani buku log.
2. Sebarang
surat menyurat mestilah dialamatkan kepada Pejabat Pentadbiran RPA.
3. Pelatih
hanya dibenarkan membuat panggilan telefon setelah mendapat keizinan pengurus
operasi.
4.
Pelatih hanya dibenarkan
menelefon ibu/bapa atau penjaga hanya satu kali dalam tempoh satu bulan.
Sebarang permintaan untuk menelefon penjaga adalah mengikut budi bicara
pengurusan RPA dan kondisi lawatan penjaga.
5.
Bagi pelatih baru,
sebarang hubungan komunikasi antara ibubapa/penjaga dan pelatih samada lawatan
atau telefon hanya akan dibenarkan selepas 45 hari atau satu bulan setengah
daripada tarikh masuk ke RPA.
5.4. KEBENARAN KELUAR
1. Pelatih tidak dibenarkan keluar meninggalkan kawasan
penginapan kecuali mendapat kebenaran daripada pengurus atau warden bertugas
sekiranya pengurus tiada.
2. Pelatih
yang dibenarkan keluar dari kawasan penginapan mestilah mengisi buku kebenaran
keluar masuk.
3. Ibubapa
atau penjaga hendaklah hadir untuk mengambil pelatih dan menghantarnya kembali.
4. Jika ada
kecemasan, ibubapa atau penjaga boleh mengambil pelatih dengan mendapat
kebenaran pengurus.
5. Semua
pelatih hendaklah berpakaian sopan dan menutup aurat ketika keluar dari kawasan
penginapan.
6. Adalah
menjadi KESALAHAN mengikut peraturan RPA jika pelatih meninggalkan penginapan
tanpa kebenaran pengurus atau warden.
7.
Setiap pelatih yang keluar dari Rumah Puteri Arafiah
sebelum tamat tempoh latih akan dikenakan penalti dalam bentuk bayaran balik ke
RPA. Pelatih akan disenarai hitamkan dan tidak akan diterima semula
kemasukannya di Rumah Puteri Arafiah dan mana-mana cawangan Raudatus Sakinah
5.5. DENDA DAN HUKUMAN
1. Warden berhak mengenakan tindakan disiplin yang setimpal
terhadap pelatih yang melanggar peraturan penginapan. Tindakan akan dikenakan
setelah warden berbincang dengan pengurus operasi.
2. Jawatankuasa Disiplin akan mengambil tindakan tatertib
terhadap kesalahan-kesalahan berat yang dilakukan oleh pelatih.
3. Segala larangan dan hukuman adalah untuk membentuk
pelatih ke arah budi pekerti dan akhlak yang terpuji.
6.0 LAPORAN
PRESTASI PELATIH
1. Laporan prestasi pelatih akan dihantar kepada ibubapa/
penjaga/ keluarga dari semasa ke semasa.
2. Sekiranya pelatih melanggar peraturan RPA, laporan akan dibuat dan salinan
laporan beserta tindakan disiplin yang dikenakan ke atas pelatih tersebut akan
dihantar kepada pihak ibubapa/ penjaga/ keluarga masing-masing.
7.0 URUSAN PENDAFTARAN BAYI DAN ANAK ANGKAT
1.
Segala urusan berkenaan dengan pendaftaran bayi yang
dilahirkan oleh pelatih di RPA akan diuruskan oleh pihak pentadbiran RPA.
2.
Bagi pelatih yang hamil, urusan pengangkatan untuk anak yang
bakal dilahirkan akan dikendalikan oleh RPA setelah dipersetujui oleh ibubapa/
keluarga.
3.
Sebarang permohonan untuk menjaga sendiri atau mengambil
anak tersebut sebagai anak angkat perlu melalui prosedur yang ditetapkan.
4. Semua bakal keluarga angkat di RPA akan ditemuduga
terlebih dahulu oleh pihak ahli lembaga RPA dan hanya yang memenuhi kriteria
sahaja yang diterima permohonannya.
8.0 MAKLUMAT PERHUBUNGAN
Sebarang urusan atau maklumat lanjut,
keluarga / penjaga bolehlah menghubungi pihak pentadbiran seperti berikut :
Pengurus,
Pejabat Pentadbiran,
Pejabat Pentadbiran,
Rumah
Puteri Arafiah,
No 7, Jalan Kristal 7/64,
Seksyen 7, 40200 Shah Alam.
Tel/faks : 03- 55233070 atau 03-55191248
Talian hp : 018-9147800
Email : rumahputeriarafiah@gmail.com
Talian hotline Warden : 018-9127800
Talian hp : 018-9147800
Email : rumahputeriarafiah@gmail.com
Talian hotline Warden : 018-9127800
9.0 PERINGATAN :
1.
Laporan POLIS akan dibuat sekiranya pelatih lari daripada
RPA dan pihak ibubapa akan dimaklumkan dengan
segera.
2. Ibubapa/Penjaga hendaklah memberi kerjasama dalam membantu mendisiplinkan pelatih.
3.
Setiap pelatih yang keluar daripada Rumah Puteri Arafiah
sebelum tamat tempoh latihan akan disenarai hitamkan dan tidak akan diterima
semula kemasukannya di Rumah Puteri Arafiah dan mana-mana cawangan Raudhatus
Sakinah.
4. Pihak RPA tidak akan melayan sebarang permohonan
Ibubapa/Penjaga yang ingin mengeluarkan pelatih sebelum tempoh yang ditetapkan.
Sekiranya berlaku, Ibubapa/Penjaga perlu membayar pampasan / ganti rugi yang
ditetapkan kepada
pihak RPA.
5.
Pihak pengurusan berhak untuk
meminda, menambah dan mengubah peraturan di atas pada bila-bila masa.